Click here for Myspace Layouts

Monday 26 September 2011

MOTTO PPIM

BERILMU,BERIMAN,BERAMAL

IKRAR PERGERAKAN PUTERI ISLAM MALAYSIA

Bahawa kami, ahli-ahli Pergerakan Puteri Islam Malaysia, berikrar akan :

· Taat kepada Allah, Rasul, Pemerintah, guru dan ibu bapa.

· Memperkukuhkan iman dan memperbaiki akhlak.

· Membangunkan diri dengan sempurna.

· Mengukuhkan silaturrahim.

FALSAFAH PERGERAKAN PUTERI ISLAM MALAYSIA

Pergerakan Puteri Islam Malaysia adalah sebuah pergerakan berpakaian seragam yang bergerak pada peringkat Kebangsaan, Negeri dan Daerah di Universiti-universiti, Maktab-maktab Perguruan dan Sekolah-sekolah Menengah dan Rendah. Aktiviti yang dijalankan sebagai Ko-Kurikulum secara formal dan tidak formal adalah bertujuan membimbing puteri-puteri ke arah penyuburan dan pengembangan potensi-potensi diri secara menyeluruh dan bersepadu demi mewujudkan insan PUTERI yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Allah S.W.T. Usaha ini adalah bertujuan menterjemahkan ke dalam diri PUTERI ciri-ciri rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berupaya mencapai kesejahteraan diri serta mampu dan bersedia memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran bangsa, masyarakat dan negara selaras dengan ajaran Islam.

SEJARAH PPIM

* Diilhamkan oleh Lembaga Kebajikan Perempuan Malaysia (LKPIM) pada tahun 60-an yang diasaskan oleh Yang Amat Mulia Tungku Puan Besar Kursiah, Raja Permaisuri Agung Malaysia yang pertama.

* Pada 06 Mei 1980 - PPIM diterima sebagai pergerakan beruniform di peringkat sekolah menengah oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

* Tanggal 17 Jun 1981 - PPIM dilancarkan dengan rasminya oleh Duli Yang Maha Mulia Ke-6 Almarhummah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tengku Ampuan Pahang, Tengku Hajjah Afzan Binti Almarhum Tengku Panglima Perang, Tengku Muhamad Rahimahallah, di Dewan Cancelor Tun Abdul Razak, UKM.

* Pada tanggal 08 Disember 1988 - PPIM diiktiraf dan didaftarkan sebagai sebuah pertubuhan yang berperlembagaan sendiri.

BERITA TERKINI PPIM SMKAJ

1-Sambutan Hari Raya pelajar PPIM ting.4
2-Menceriakan pondok,galeri,bilik,dan blog untuk persediaan anugerah kokurikulum
peringkat kebangsaan.
3-Sekolah telah mengadakan Karnival Keusahawanan,Kesenian dan Kesukanan.
4-Pelajar terlibat dengan larian 1 Malaysia.
5-Ceramah Nisfu Sya'ban diberikan oleh Muhammad Asri bin Ahmad,Pensyarah UIAM.
6-Mengadakan tadarus al-Qur'an pada bulan Ramadan yang lalu.

PENCAPAIAN PPIM SMKAJ

1-Kawad kaki peringkat Sekolah :Johan
2-Kawad kaki peringkat Daerah :Naib Johan
3-Hari Puteri:
-Marhaban peringkat Daerah :Johan
-Tokoh Puteri peringkat Daerah :Johan
-Nasyid peringkat Daerah :Naib Johan

CARTA ORGANISASI PPIM SMKAJ

Pengerusi
Pn.Fauziah binti Mohamed Ramli

Penolong Kanan Kokurikulum
Pn.Norwati binti Muhamad

Setiausaha
Pn.Suraya binti Che Othman

Penyelaras Unit Beruniform
Pn.Siti Jahibah binti Abdul Jais

Guru Pemimpin
Pn.Fathdilah binti Jantan (ketua)
Pn.Zasmarti binti Abdul Nawawi
Pn.Noraishah binti Raduan
Pn.Fadilah binti Melor
Pn.Sarijah binti Shamsuddin
Pn.Ramlah binti Abdul Aziz